BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 6 February 2014

misteri bunyi orang bertukang

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya tahu anda yang sedang membaca sama ada peminat cerita seram atau sedang melakukan kajian. Kali ini, saya akan bercerita tentang pengalaman saya dan keluarga pergi bercuti ke salah sebuah challet di Pahang. Selepas melalui perjalanan yang jauh dari Kuala Lumpur, kami sekeluarga akhirnya tiba di destinasi. Kami simpan 'unpacked' barang-barang kami terlebih dahulu sebelum solat jamak maghrib isyak dan keluar untuk makan. Saya masih teringat yang saya memesan 'banana milk shake' yang pertama dan tak pernah lagi merasa hingga kini. Saya juga memesan nasi goreng pataya tetapi tidak berjaya dihabiskan dan mak saya pesan agar dibawa pulang ke bilik. Setelah kami pulang ke challet yang terletak di belakang restoran sahaja, kami semua duduk bersantai berehat di hadapan tv. Sedang kami sibuk melayan cerita, tiba-tiba.....
saya terdengar bunyi orang sedang bertukang di belakang bilik kami. Kalau saya cakap challet, sudah tentu korang boleh bayangkan bilik kayu yang berkaki empat tingginya dalam 1 1/2 meter dan bilik berkembar. Jadi, bilik kami bersambung dengan bilik orang sebelah. Bunyi orang bertukang itu sangat jelas dan sangat dekat seolah-olah memang dia sedang bertukang dinding bilik sebelah ! "siapa pulak yang rajin nak buat kerja malam-malam macam ni ?" getus hati saya. Lalu, saya tanyakan pada seluruh ahli keluarga saya yang masih belum tidur. "erm, mak abah along kakak ada dengar tak bunyi macam orang tengah bertukang macam tengah memaku sesuatu kat belakang dinding bilik kita ni ?" soal saya. Hairannya, bila saya tanya, bunyi tu berhenti. Tapi, saya tak berpuas hati. Saya tunggu sehingga bunyi itu datang semula dan saya terus bertanya soalan yang sama. Mereka seperti 'paused' seketika. Masing-masing seperti fokus dengan sesuatu. Ya, mereka akhirnya turut terdengar. Ayah saya yang bagi saya sangat berani dengan perkara-perkara seperti ini turut mengiyakan. Malam itu, semasa kami semua tidur, tiba-tiba saya terdngar ada orang ketuk pintu. Orang pertama yang terdengar ialah saya. Semasa saya sedar, saya dapati emak saya sedang menanda kertas pepriksaan yang sentiasa dibawa bila bercuti kerana beliau sangat sibuk. Saya kejutkan ayah saya dan beritahu apa yang saya dengar. Ayah saya tanpa bertanya, terus membuka pintu bilik dan dapati tiada sesiapa disitu. Ayah saya terus membaca surah Yasin yang dihafalnya. Saya berasa hairan dengan peristiwa-peristiwa pelik yang berlaku sepanjang berada di challet tersebut. Akhirnya ayah saya bercadang untuk bertanya kepada staf challet tersebut pada keesokan harinya setelah kami 'checked out'. Memang benar seperti yang kami sangka, challet itu ada 'gangguan'. Itulah pengalaman yang dialami saya bersama keluarga.